Honda Future dengan teknologi PGM-FI Honda
Honda
Future mula diperkenalkan pada tahun 2012, merupakan salah sebuah model popular
keluaran Boon Siew Honda untuk pasaran Malaysia. Antara kelebihan model
tersebut ialah tahap penjimatan petrolnya yang sangat baik, dengan kemudahan
ruang penyimpanan topi keledar bermuka penuh yang terletak di bahagian bawah
kusyen model berkenaan.
Honda Future turut memiliki
keluasan tangki bahan api maksimum sehingga 5.6 liter, membolehkan ianya
melakukan perjalanan lebih jauh tanpa perlu berhenti dengan kerap untuk mengisi
petrol. Berdasarkan maklumat terdahulu daripada Boon Siew Honda, Honda Future
mampu pergi sejauh 338 kilometer dengan menggunakan hanya satu tangki penuh
petrol. Bagaimanapun kelajuan maksimum Honda Future hanyalah 100 km/j.
Terkini bagi meneruskan lagi
legasi Honda Future di pasaran Malaysia, Boon Siew Honda pada beberapa hari
yang lepas telah memperkenalkan model terbaharu Honda Future FI yang kini
dilengkapi dengan teknologi PGM-FI (Programmed Fuel Injection), iaitu
sistem suntikan bahan api Honda yang canggih untuk penjimatan yang lebih baik.
Honda Future FI terbaharu turut
tampil dengan beberapa penambahbaikan terkini yang lebih menarik berbanding
model Honda Future sebelumnya, termasuklah pengenalan warna dan corak grafik
terbaharu. Paling penting, Honda Future FI masih mengekalkan lampu kombinasi
belakang jenis lama, yang mana lampu signal masih lagi bersepadu.
No comments:
Post a Comment