APA ITU RON?
RON berkaitan dengan campuran dua unsur asas iaitu oktana dan pentana
yang melengkapkan sifatnya menjadi bahan bakar petrol.
RON95 bermaksud 95 peratus kandungannya ialah oktana dan
selebihnya pentana. Begitu juga dengan RON97 iaitu hanya tiga peratus pentana
dan selebihnya oktana.
Pada asasnya RON ialah gred bagi keupayaan petrol menentang
pembakaran tidak normal dan menjana tenaga pada masa yang sepatutnya ketika
proses pembakaran. Penggunaan RON yang betul untuk enjin kenderaan,
biasanya dinyatakan di dalam manual pemilik, dan kadang kala pada pelekat yang
terdapat pada penutup tangki minyak.
Pengguna seharusnya tidak bimbang mengenai hal ini kerana
kebanyakan kenderaan boleh menggunakan petrol RON95 tanpa sebarang masalah atau
kehilangan kuasa memecut.
Pakar kejuruteraan produk Chevron, Greg Engeler berkata ramai
yang salah faham bahawa petrol dengan RON yang lebih tinggi akan menjadikan
enjin lebih cekap sedangkan RON yang lebih tinggi daripada spesifikasi yang
ditentukan tidak akan memberi kesan yang signifikan.
Katanya teknologi enjin, jenis kenderaan dan cara pemanduan
memainkan peranan yang lebih besar dalam menentukan ekonomi petrol berbanding
perbezaan nilai RON.
Tambahnya lagi kelebihan jangka panjang dengan penggunaan RON95
ialah bila Malaysia memenuhi spesifikasi Euro 2M, proses penerimaan teknologi
baru yang lebih cekap dan mesra alam daripada Eropah akan menjadi lebih mudah.
Menurut portal majalah kereta.com.my, di Eropah, klasifikasi
keseragaman kelas bahan bakar petrol dibahagikan kepada tiga kelas utama iaitu
RON91, RON95 dan RON98. Pembahagian itu dibuat berdasarkan jenis keperluan
bahan bakar yang diperlukan pada setiap jenis enjin daripada pengeluar yang
berlainan.
RON91 dicipta untuk enjin yang mampu menerima petrol berplumbum,
RON95 untuk petrol tanpa plumbum yang juga disebut petrol premium dan RON98
atau disebut juga sebagai Super Plus atau Super Premium.
Di Eropah juga penggunaan RON95 ialah lebih 84 peratus daripada
keseluruhan penggunaan petrol yang merupakan bahan bakar utama kenderaan.
No comments:
Post a Comment