Friday, 30 September 2016

IMAM SYAFI'E

KEMBALI KE MEKAH

Ummu habibah dan suaminya berasa gembira dgn kelahiran anak mereka yg sihat dan comel.Kelahirannya bagaikan membawa tuah.Beberapa perkara ganjil berlaku semenjak kelahirannya seperti pada siang hari di bulan ramadan , anak kecil itu tidak mahu menyusu.Dia hanya mahu menyusu selepas berbuka puasa solah-olah dia turut berpuasa,Apabila ibunya membaca Quran , dia akan senyap seketika seolah-olah mendengar bacaan ayat suci tersebut.Apabila berumur 2 tahun , dia sudah petah bercakap.Kemudian , Ummu Habibah mengajarnya membaca Quran.


Pada suatu petang yg hampir senja , Ummu Habubah resah menunggu  kepulangan suaminya,Kebiasaannya ,suaminya akan pulang sebelum asar.Tidak lama kemudia azan mahrib berkumandang , lalu Ummu Habibah pun bingkas menunaikan solat.Setelah selesai berdoa.Kedengaran pintu diketuk dari luar.Rupa-rupanya,Idris telah pulang dengan reaksi wajahnya yang sangat letih sakit di kepala dan sukar untuk bernafas.Idris rehat sebentar sebelum  membersihkan diri .Image result for ketuk pintu

Beberapa hari berlalu , penyakit Idris semakin teruk.Beberapa orang tabib telah mengubatinya,tetapi penyakitnya tidak sembuh malah menjadi lebih teruk.Apabila merasakan ajalnya semakin hampir,rpesan kpd isterinya "sekiranya kekanda meninggal dunia,pulanglah semula ke kota mekah.Di sana ada rumah kita dan ramai saudara-mara kita.Peliharalah anak kita dgn baik.Beri didikan agama yg sempurna.Semoga dia menjadi ulama' dewasa kelak'.Habibah juga turut berjanji utk melaksanakannya.

Image resultTidak lama kemudian Idris menghembuskan nafas yg terakhir.Sepertimana yg telah dijanjikan ,Ummu Habibah pulang ke kota mekah.Kepulangannya disambut baik oleh kaum keluarga suaminya.Pada suatu hari,mereka dikunjungi oleh saudara paling tua Idris di kota mekah .Dia merenung lama ke wajah Muhamad dan menyatakan bahawa wajah Muhamad seiras dengan moyangnya yg bernama Syafie.Sejak hari itu,Muhamad dipanggil dgn nama Syafie.

Image result for belajar quranKerana miskin Ummu Habibah tidak mampu menghantar anaknya belajar.Justeru dia sendiri mendidik anaknya dgn ilmu agama.Bermula dgn mengajar anaknya mengenai huruf Quran .Ternyata anak itu seorang yg cergas dan cerdas.Dgn mudah Syafie dpt membaca Quran tersebut.

bersambung...

Saturday, 24 September 2016

Kord Caklempong



Kord untuk tingkah dan sawa


NOTASI






Kord adalah gabungan notasi yang dimainkan serentak bagi mengiringi melidi lagu.
Antara kord yang asas adalah
C = C+E
F = C+F
G= D+G

Dminor = D+F

Friday, 23 September 2016

Pengenalan Caklempong

CAKLEMPONG
PENGENALAN


Caklempong ialah alat muzik tradisional dari keluarga idiofon yang menggunakan skel diatonik. Muzik Caklempong memainkan peranan penting sebagai muzik rakyat di kalangan masyarakat Minangkabau. ‘Cak’ bermaksud bunyi paluan gendang. Manakala ‘Lempong’ bermaksud bunyi paluan bonang.
Bentuk seni muzik ini ialah muzik dan tarian, muzik dan nyanyian, dan muzik dan dramatari (taridra).
Muzik tradisional ini juga dikenali sebagai Telempong, celempong dan taklempong.


SEJARAH


Sehingga kini belum ada keterangan yang jelas mengenai sejarah asal alat muzik ini. Terdapat beberapa pendapat yang menjurus kepada kesimpulan berikut:

Pendapat pertama:

Caklempong berasal dari kayangan berdasarkan cerita ‘Hikayat Malim Deman.’

Pendapat Kedua:

Pendapat ini datang dari orang Minangkabau yang mengimbas kembali kisah yang berlaku di Tanah Datar Minangkabau. Semasa pertabalan Tunku Laras, baginda tiba-tiba ghaib dan dipercayai dilarikan oleh Puteri Kayangan. Di kayanganlah baginda mendengar bunyian yang sungguh lunak dan merdu yang dinamakan Caklempong. 

PERKEMBANGAN

Caklempong dibawa masuk ke Tanah Melayu (Negeri Sembilan) antara abad ke-14 dan ke-19 oleh orang Minangkabau dari Sumatera Barat yang datang berniaga dan terus bermastautin di Tanah Melayu. Oleh kerana ramai orang Minangkabau bermastautin di Negeri Sembilan, maka permainan muzik Caklempong ini dianggap sebagai muzik tradisional negeri ini selain daripada ‘Bongai.’
PERMAINAN CAK LEMPONG

            Caklempong dapat dimainkan melalui 3 jenis posisi :

         Cara Tegak    :           bermain secara berdiri di mana bonang diletakkan
di dalam tepak berkaki

         Cara Duduk   :           bermain sambil duduk bersila di mana tepak
bonang tidak berkaki 

         Cara Pacik     :           bermain secara berjalan atau berarak di mana 
Bonang memerlukan 3 orang pemain. Setiap pemain membawa 2 bonang yang digantung dengan tali. Terdapat cara di mana sebelah tangan memegang bahagian sisi dalam , 2 bonang dengan diletakkan ‘berdiri’ iaitu kedua-dua muka bonang mendatar. Manakala tangan sebelah lagi akan mengetuk bonang menggunakan pengetuk yang dibuat daripada rotan yang dibalut dengan tali khas.

PERSEMBAHAN 

Permainan Cak lempong secara umumnya diadakan sebagai permainan rakyat. Permainan ini turut dipersembahkan dalam upacara rasmi yang melibatkan istana. Di antara persembahan permainan cak lempong adalah seperti berikut:

         Hiburan umum
         Iringan tarian , contohnya tarian lilin, tarian piring dan tarian inai
         Iringi pencak silat
         Majlis pertabalan raja
         Sambutan tetamu Di Raja, kehormat dan sebagainya
         Perkahwinan
         Persembahan Kaba iaitu Cerita Penglipur Lara di mana dijadikan muzik iringan untuk mengekalkan minat penonton
         Drama tari randai.



SPESIFIKASI ALAT

Alat-alat cak lempong boleh dispesifikasikan seperti berikut:


            Idiofon

                        Gereteh, Sauwa, Tingkah, Canang

            Membranofon

                        Gendang anak, Gendang Ibu

            Aerofon

                        Serunai, bangsi, salong



FUNGSI ALAT

Alat-alat Caklempong mempunyai fungsi khusus dalam permainan seperti berikut:

 Gereteh         

Memainkan melodi, kaunter melodi, ostinato, dan kord

 Sauwa           

Memainkan ostinato berirama/bes

 Tingkah
            
Memainkan harmoni, irama, sering menuruti rentak gendang ibu untuk mengukuhkan rentak lagu

 Gendang ibu

Memainkan rentak lagu, mengawal tempo

 Gendang anak

Memainkan paluan meningkah (sinkopasi), penyeri rentak


 Serunai, bangsi,salong

Memainkan melodi lagu



Tuesday, 13 September 2016

IMAM SYAFI'E

IMAM ABU HANIFAH (28 REJAB 150 HIJRAH)


Di KOTA BAGHDAD ,terdapat seorang ulama' yg masyhur iaitu Al-Nukman Bin Thabit/(Imam Abu Hanifah.Beliau dikurniakan umur yg panjang kerana dpt hidup pd zaman pemerintahan Bani Umayyah hingga Bani Abbasiyah.Walaubagaimanapun, beliau diarahkan oleh Khalifah al-Mansur untuk minum air yg mengandungi racun tanpa mengetahui isi kandungannya akibat perbuatan beliau yg menolak jawatan hakim/kadi yg diperintah khalifah.Pada malam itu jugalah Imam Syafie dilahirkan.


Berita Imam Abu Hanifah meninngal dunia di dalam penjara mengejutkan org ramai.Penduduk kota menuju ke istana bg menuntut jenazah Imam Abu Hanifah supaya diserahkan kpd keluarganya.Selepas Jenazah dimandikan,org ramai mengiringi jenazah ulama'tersohor itu ke tanah perkuburan.Anggaran jumlah mereka ialah 50 000orang.


Khalifah al-Mansur cuba merahsiakan sebab-sebab kematian ulama' tersebut.Namun ,rahsia kezaliman tersebut dibocokan oleh pelayan istana yg sudah berpaling tadah.Orang ramai semakin benci serta menjauhkan diri daripada Khalifah.Akibatnya ,pemerintahan baginda semakin  lemah.tidak lama kemudian ,berlaku perbalahan hebat antara golongan ahli Naqli (Quran dan Hadis) dgn ahliRakyi(akal fikiran).Khalifah berasa susah hati serta meyesal kerana membunuh Imam Abu Hanifah kerana orang ramai sudah tidak menghormati baginda.


Di Ghazzah Palestinpula , jiran-jiran berkumpul di rumah Idris bg mengucapkan tahniah kerana dikurniakan bayi yg sihat dan comel.Sebagai tanda kesyukuran,Idris menyembelih 2 ekor kambing jantan untuk dijamu kepada tetamu yg hadir.Idris berdoa agar anaknya akan menjadi ulama' terbilang seperti Imam Abu Hanifah.

BERSAMBUNG...


Friday, 9 September 2016

IMAM SYAFI'E

KELAHIRAN IMAM SYAFIE


Pada awal tahun 150 hijrah bersamaan 767 masihi , idris meninggalkan kota MEKAH berhijrah ke PALESTIN dgn membawa isterinya UMMU HABIBAH AL-UZDIYYAH.Mereka tingggal tinggal di GAZZAH ,sebuah perkampungan di BAITUL MUQADDIS.Setiap hari idris berulang alik ke PELABUHAN GAZZAH bekerja sbg pembantu peniaga.


Pada suatu malam ,ummu habibah bermimpi melihat sebutir bintang keluah dari perutnya lalu naik ke langit.Kemudian bintang itu pecah lalu bertaburan jatuh ke bumi.Cahaya drpd bintang itumenjadikan muka bumi terang benderang.Rupa-rupanya, mimpi yg dialami ummu habah menyamai mimpi suaminya,idris.




Pada hari berikutnya,mereka bersepakat untuk berjumpa SYEIKH FATANI iaitu seorang alim yg pandai mentafsir mimpi.Setelah idris menceritakan mimpi yang dialami oleh mereka,org tua itupun berkata,"anak yg akan lahir ini akan menjadi seorang yg beilmu  dan ilmunya akan memenuhi bumi ini.Oleh itu ,jaga didiklah anak itu dgn baik.Ajarlah dia ilmu agama supaya apabila dewasa menjadi insan berilmu".



Pada suatu malam berikutnya,ummu habibah merasakan kandungannya sudah semakin sakit.Idris segera menjemput bidan datang ke rumahnya. Tetapi tatkala mak bidan sampai,ummu habibah sudahpun selamat melahirkan bayinya.Idris yg gembira segera mengendong bayinya lalu megalunkan azan.Idris menamakan anaknya MUHAMMAD dgn harapan anaknya memperoleh syafaat drpd NABI MUHAMMAD S.A.W. di akhirat kelak.




BERSAMBUNG...

Wednesday, 7 September 2016

Honda RS150R

RS150R laju ke?

Image result
Model terbaharu Honda RS150R telah pun dilancarkan dengan rasminya untuk pasaran Malaysia , dan dijual pada harga bermula dari RM8,213.94 sehingga RM8,372.94 (termasuk GST). Menurut Boon Siew Honda Sdn. Bhd., model tersebut bagaimanapun akan berada di pasaran mulai bulan Ogos 2016 lepas.

Oleh kerana Honda RS150R ini dilengkapi enjin bersesaran 150cc DOHC dengan transmisi 6-kelajuan, tentunya ramai yang tertanya-tanya berapakah kelajuan maksimum yang mampu dicapai olehnya. Merujuk kepada model kembarnya di pasaran Indonesia iaitu Honda Supra GTR 150, pihak Honda di sana mengesahkan bahawa model tersebut hanya mempunyai kelajuan maksimum 122 km/j sahaja. Jadi adakah ini bermakna Honda RS150R juga hanya mempunyai kelajuan yang serupa, atau mempunyai kelajuan maksimum lebih tinggi?
Image result for rs150r laju
Setakat ini masih belum ada maklumat rasmi mengenai kelajuan maksimum Honda RS150R yang diperolehi melalui sesi tunggang uji oleh mana-mana pihak, namun menurut sumber dari Boon Siew Honda sendiri, model tersebut mampu mencapai kelajuan sehingga 150 km/j. Kedengarannya begitu menarik sekali bukan? Namun benarkah Honda RS150R mampu ditunggang sehingga mencapai kelajuan puncak 150 km/j?
Berdasarkan pengalaman penulis sendiri dan hasil pemerhatian terhadap model-model kapchai dan moped keluaran Honda selama ini, kelajuan maksimum yang akan dicapai oleh model Honda RS150R ini dipercayai tidak akan melebihi 135 km/j (kelajuan berdasarkan data GPS). Ini kerana model-model keluaran Honda sejak akhir-akhir ini lebih mementingkan penjimatan petrol berbanding kelajuan, jadi sudah tentu perlu ada kompromi di situ.
Sebagai contoh, Honda Future yang dilengkapi enjin 125cc (versi karburator) hanya mempunyai kelajuan maksimum 100 km/j, disebabkan oleh penalaan enjin yang dilakukan oleh pihak Honda agar model tersebut mampu menawarkan tahap penjimatan enjin yang cekap. Hasilnya, Honda Future benar-benar merupakan sebuah motosikal jimat petrol.

Bagaimanapun, harapan untuk melihat Honda RS150R mempunyai kelajuan yang lebih tinggi berbanding seteru hebatnya Yamaha Y15ZR, atau mungkin juga Suzuki Belang R150, tetap ada. Mana tahu pihak Boon Siew Honda telah sedar bahawa mereka mungkin tidak mampu mengalahkan pencabar RS150R dari segi gaya dan rekaan, jadi menawarkan sebuah model dengan kelajuan sehingga 150 km/j adalah satu-satunya pilihan terakhir yang ada.

Tuesday, 6 September 2016

Yamaha YZ15zr

Raja Kapcai


Motosikal ini dilancarkan pertama kali pada tahun lalu di Vietnam dengan Nama Yamaha Exciter 150.Kemudian di Indonesia dengan Nama Jupiter MX King dan seterusnya Thailand.


Yamaha_Y15ZR_Launch (1)

Para peminat moped Yamaha di Malaysia terpaksa menunggu sehingga Ogos lalu sebelum IA dilancarkan. Berbeza dengan negara jiran kita, Hong Leong Yamaha Malaysia lebih gemar memilih kod berbanding nama untuk menyelaraskan profil motosikal ‘berprestasi tinggi’ mereka seperti 135LC, FZ150i dan 125ZR.
Ketika Yamaha memperkenalkan model LC135 4 kelajuan pada 2006, IA menjadi penanda aras baru dalam motosikal jenis under bone. Belum pernah ada motor cub empat lejang yang menggunakan sejukkan cecair, blok pembakaran condong 90 darjah dan penyerap hentak belakang monoshock

Model LC135 ES 5 kelajuan versi facelift pula bukan sekadar perubahan kosmetik. Malah IA diperbaharui dengan klac tangan, gear lima kelajuan, brek cakera belakang dan brek depan 2 pot. Anehnya, walaupun dijual pada harga paling mahal dalam kategori kapcai, ia tetap laris.Kita sedia maklum dengan pasaran tinggi motosikal moped under bone di Malaysia. Justeru tak hairanlah, Y15ZR antara motosikal yang paling dinantikan oleh peminat tempatan.

Dalam wilayah moped, IA berada di hierarki paling tinggi dan hampir tidak bersaing dengan sesiapa pun. Kalau ada pun, saingan terdekatnya ialah Suzuki Belang 150. Namun begitu, karakter street masih tidak boleh dikelaskan bersama moped dengan cub. Saya ambil kira Belang sebab IA masih under bone dan boleh dipasang dengan bakul.Revolusi tidak datang selalu, tetapi pembaharuan adalah perlu dengan apa yang dibawa oleh Y15ZR. Saya diberi peluang menunggang sekitar bandar raya, menjelajah jalan sub urban dan lebuh raya pendek selama seminggu.

Apa yang boleh disimpulkan, Y15ZR ialah cub generasi baru. Sama sekali berbeza dengan apa jua moped yang pernah dihasilkan oleh mana-mana pengeluar sebelum ini.Dari sudut teknikalnya pula, kuasa enjin yang semakin tinggi tidak lagi mampu ditampung oleh klac jenis automatik.Pada harga asas RM8,000 dengan GST, ia bukanlah moped yang murah. Y15ZR  harus berfungsi lebih dari sekadar alat pengangkutan. Dengan gaya yang sporty, pengendalian yang bagus dan kuasa yang mencukupi, ia adalah moped yang direka untuk gaya hidup.


Image result for y15zr


Kalau beli motor ini semata-mata nak laju, baik lupakan. Baik beli 125ZR. Beli motor ni sebab ia YAMAHA. Walaupun belum tentu SEMAKIN DI DEPAN, anda tak mungkin berada DI BELAKANG!!!

Monday, 5 September 2016

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera  kepada pembaca sekalian ... ;)......Pd 2 hari lepas,saye telah kehilangan wallet yang tersyg...Wallet tu sendiri merupakan tempat Allahyarham datukku yg tercinta menyimpan duit beliau dari muda sehingga beliau meninggal dunia...Alfatihah......Nendaku telah hadiahkan wallet itu kpdku dengan tujuan supaya setiap kali menatap wallet itu , aku tidak akan boros dlm berbelanja dan sentiasa ingat akan kesusahan yg ditanggung oleh orang lain(sebab atuk aku ni orang susah)

Dalam wallet tu ade duit(x byk ..bwh RM 100) , ic , lesen , kad bank(cimb ,bank islam,bank rakyat), dan kad sspn.....agak2 korang berapa kos nak buat balik semua kad yg hilang???

IC                                           :RM 310..(http://www.jpn.gov.my/kp/permohonan-gantian-hilang-kad-pengenalan-mykad-atau-mypr/#1458528203078-8acbfa91-eb1b)


LESEN                                   :RM 20

KAD ATM -CIMB                 :RM12

               
-BANK RAKYAT:RM 8
 
             
   -BANK ISLAM   :RM 15
     
     


So total cost : Rm 365.00(setiap bayaran denda berubah dari mase ke semase)

##PERINGATAN : JAGALAH WALLET ANDA SEPERTI NYAWA ANDA##....sekian