Friday, 23 September 2016

Pengenalan Caklempong

CAKLEMPONG
PENGENALAN


Caklempong ialah alat muzik tradisional dari keluarga idiofon yang menggunakan skel diatonik. Muzik Caklempong memainkan peranan penting sebagai muzik rakyat di kalangan masyarakat Minangkabau. ‘Cak’ bermaksud bunyi paluan gendang. Manakala ‘Lempong’ bermaksud bunyi paluan bonang.
Bentuk seni muzik ini ialah muzik dan tarian, muzik dan nyanyian, dan muzik dan dramatari (taridra).
Muzik tradisional ini juga dikenali sebagai Telempong, celempong dan taklempong.


SEJARAH


Sehingga kini belum ada keterangan yang jelas mengenai sejarah asal alat muzik ini. Terdapat beberapa pendapat yang menjurus kepada kesimpulan berikut:

Pendapat pertama:

Caklempong berasal dari kayangan berdasarkan cerita ‘Hikayat Malim Deman.’

Pendapat Kedua:

Pendapat ini datang dari orang Minangkabau yang mengimbas kembali kisah yang berlaku di Tanah Datar Minangkabau. Semasa pertabalan Tunku Laras, baginda tiba-tiba ghaib dan dipercayai dilarikan oleh Puteri Kayangan. Di kayanganlah baginda mendengar bunyian yang sungguh lunak dan merdu yang dinamakan Caklempong. 

PERKEMBANGAN

Caklempong dibawa masuk ke Tanah Melayu (Negeri Sembilan) antara abad ke-14 dan ke-19 oleh orang Minangkabau dari Sumatera Barat yang datang berniaga dan terus bermastautin di Tanah Melayu. Oleh kerana ramai orang Minangkabau bermastautin di Negeri Sembilan, maka permainan muzik Caklempong ini dianggap sebagai muzik tradisional negeri ini selain daripada ‘Bongai.’
PERMAINAN CAK LEMPONG

            Caklempong dapat dimainkan melalui 3 jenis posisi :

         Cara Tegak    :           bermain secara berdiri di mana bonang diletakkan
di dalam tepak berkaki

         Cara Duduk   :           bermain sambil duduk bersila di mana tepak
bonang tidak berkaki 

         Cara Pacik     :           bermain secara berjalan atau berarak di mana 
Bonang memerlukan 3 orang pemain. Setiap pemain membawa 2 bonang yang digantung dengan tali. Terdapat cara di mana sebelah tangan memegang bahagian sisi dalam , 2 bonang dengan diletakkan ‘berdiri’ iaitu kedua-dua muka bonang mendatar. Manakala tangan sebelah lagi akan mengetuk bonang menggunakan pengetuk yang dibuat daripada rotan yang dibalut dengan tali khas.

PERSEMBAHAN 

Permainan Cak lempong secara umumnya diadakan sebagai permainan rakyat. Permainan ini turut dipersembahkan dalam upacara rasmi yang melibatkan istana. Di antara persembahan permainan cak lempong adalah seperti berikut:

         Hiburan umum
         Iringan tarian , contohnya tarian lilin, tarian piring dan tarian inai
         Iringi pencak silat
         Majlis pertabalan raja
         Sambutan tetamu Di Raja, kehormat dan sebagainya
         Perkahwinan
         Persembahan Kaba iaitu Cerita Penglipur Lara di mana dijadikan muzik iringan untuk mengekalkan minat penonton
         Drama tari randai.



SPESIFIKASI ALAT

Alat-alat cak lempong boleh dispesifikasikan seperti berikut:


            Idiofon

                        Gereteh, Sauwa, Tingkah, Canang

            Membranofon

                        Gendang anak, Gendang Ibu

            Aerofon

                        Serunai, bangsi, salong



FUNGSI ALAT

Alat-alat Caklempong mempunyai fungsi khusus dalam permainan seperti berikut:

 Gereteh         

Memainkan melodi, kaunter melodi, ostinato, dan kord

 Sauwa           

Memainkan ostinato berirama/bes

 Tingkah
            
Memainkan harmoni, irama, sering menuruti rentak gendang ibu untuk mengukuhkan rentak lagu

 Gendang ibu

Memainkan rentak lagu, mengawal tempo

 Gendang anak

Memainkan paluan meningkah (sinkopasi), penyeri rentak


 Serunai, bangsi,salong

Memainkan melodi lagu



No comments:

Post a Comment