Raja Kapcai
Motosikal ini dilancarkan
pertama kali pada tahun lalu di Vietnam dengan Nama Yamaha Exciter 150.Kemudian
di Indonesia dengan Nama Jupiter MX King dan seterusnya Thailand.
Para peminat moped Yamaha di
Malaysia terpaksa menunggu sehingga Ogos lalu sebelum IA dilancarkan. Berbeza
dengan negara jiran kita, Hong Leong Yamaha Malaysia lebih gemar memilih kod
berbanding nama untuk menyelaraskan profil motosikal ‘berprestasi tinggi’ mereka
seperti 135LC, FZ150i dan 125ZR.
Ketika
Yamaha memperkenalkan model LC135 4 kelajuan pada 2006, IA menjadi penanda aras
baru dalam motosikal jenis under bone. Belum pernah ada motor cub empat lejang
yang menggunakan sejukkan cecair, blok pembakaran condong 90 darjah dan
penyerap hentak belakang monoshock
Model
LC135 ES 5 kelajuan versi facelift pula bukan sekadar perubahan kosmetik. Malah
IA diperbaharui dengan klac tangan, gear lima kelajuan, brek cakera belakang
dan brek depan 2 pot. Anehnya, walaupun dijual pada harga paling mahal dalam
kategori kapcai, ia tetap laris.Kita sedia maklum dengan pasaran tinggi
motosikal moped under bone di Malaysia. Justeru tak hairanlah, Y15ZR antara
motosikal yang paling dinantikan oleh peminat tempatan.
Dalam wilayah moped, IA berada di hierarki paling tinggi dan hampir tidak bersaing dengan sesiapa pun. Kalau ada pun, saingan terdekatnya ialah Suzuki Belang 150. Namun begitu, karakter street masih tidak boleh dikelaskan bersama moped dengan cub. Saya ambil kira Belang sebab IA masih under bone dan boleh dipasang dengan bakul.Revolusi tidak datang selalu, tetapi pembaharuan adalah perlu dengan apa yang dibawa oleh Y15ZR. Saya diberi peluang menunggang sekitar bandar raya, menjelajah jalan sub urban dan lebuh raya pendek selama seminggu.
Apa yang boleh disimpulkan, Y15ZR ialah cub generasi baru. Sama sekali berbeza dengan apa jua moped yang pernah dihasilkan oleh mana-mana pengeluar sebelum ini.Dari sudut teknikalnya pula, kuasa enjin yang semakin tinggi tidak lagi mampu ditampung oleh klac jenis automatik.Pada harga asas RM8,000 dengan GST, ia bukanlah moped yang murah. Y15ZR harus berfungsi lebih dari sekadar alat pengangkutan. Dengan gaya yang sporty, pengendalian yang bagus dan kuasa yang mencukupi, ia adalah moped yang direka untuk gaya hidup.
Kalau beli motor ini
semata-mata nak laju, baik lupakan. Baik beli 125ZR. Beli motor ni sebab ia
YAMAHA. Walaupun belum tentu SEMAKIN DI DEPAN, anda tak mungkin berada DI
BELAKANG!!!
No comments:
Post a Comment