Wednesday, 14 December 2016

IMAM SYAFI'E

PERTEMUAN IMAM

"Assalamualaikum wahai tetamu Raudhtul Jannah"sapa Imam Syafi'e kepada para imam yang sedang bermuzakarah mengenai ilmu Allah yg luas ini.

"Waalaikumsalam ya abu abdullah, mari sertai kami dalam majlis ilmu ini" jawab Imam Ismail al-Khustantani.

Lalu Imam Syafi'e duduk disebelah Imam Muslim az-Zanji."Apakah yg menyelubungi hatimu wahai anak muda,tidakkah kamu mahu berkongsi dengan kami?"Tegur Imam Sufyan.

Imam Syafi'e terpempan dan terpana.Beliau memandang tepat wajah guru yg disayangi itu.

"kenapa?...Kamu terkejut?...Bukankah Rasulullah berkata ' Berhati-hatilah dengan firasat orang mukmin?"Ujar Imam Ismail sambit mengurut bahu Imam Syafie'.

"Begini wahai guruku sekalian,hati saya terpanggil utk bermusafir ke kota MAadinah bagi menuntut ilmu dengan Imam Malik bin Anas.Tetapi sebelum itu saya berbesar hati ingin memohon nasihat dan pandangan guru sekalian berkenaan hasrat saya ini."jelas Imam Syafie"

"Subhanallah, itu satu kemahuan dan azam yang baik.pergilah ke Madinah dan bergurulah.Saya bangga sekiranya anak muridku sanggup bermusafir ribuan batu semata mata ingin menuntut ilmu"Balas Imam Ismail.

Imam Syafie' hanya berdiam diri dan tunduk.

"Jadi, apakah perkara yg masih menggusarkan hatimu lagi?ceritakanlah,kamu telahku anggap seperti anakku sendiri"Bicara Imam Muslim az-Zanji.

"Saya khuatir jika saya tidak diterima oleh Imam Malik sebagai anak murid dan saya juga bimang utk meninggalkan ibuku di sini"Jelas Imam Syafie'.

"saya yakin Imam Malik akan menerimamu apatah lagi dengan kedudukanmu sebagai mufti Mekah.Tetapi ,jika kamu masih risaukan tentang itu, amu boleh meminta garbenor kita menulis surat bagi memperkenalkan kamu kepada Imam Malik"Cadang Imam Ismail.




Wednesday, 7 December 2016

Proses kitaran dalam enjin 2 lejang


Image result for 2 stroke cycle


1)Lejang masukan dan lejang mampatan :

Omboh bergerak ke atas dan memampatkan campuran udara-bahan api-pelincir. Gerakan omboh ke atas menyebabkan tekanan udara di dalam kotak engkol menjadi rendah, membolehkan campuran udara-bahan api-pelincir dari karburetor masuk ke dalam


2)Lejang kuasa dan lejang ekzos :



Peringkat ini bermula sebaik sahaja campuran udara-bahan api terbakar, menyebabkan gas pengembangan mengembang dan memaksa omboh turun ke bawah, menghasilkan kuasa pada enjin. Gerakan omboh ke bawah juga memampatkan campuran udara-bahan api-pelincir, maka apabila omboh terus bergerak ke bawah sehingga membuka liang masukan dan liang ekzos,gerakan omboh ke bawah memaksa campuran udara, bahan api, pelincir yang segar masuk ke dalam kebuk pembakaran dan memaksa gas ekzos keluar.

Monday, 5 December 2016

IMAM SYAFI'E

RESTU IBU

"Sejujurnya saya pun mempunyai keinginan utk bertemu beliau,tetapi apabila memikil soal ibuku bersediriann di rumah membuatkan aku berasa berat hati",Jelas Imam Syafi'e.

"Mengenai ibumu ,tidak usah khuatir.Bukankah kamu ada aku,malah adikku Qatrunnada juga boleh menemani ibumu.Sudah lama kamu menggkhatam kitab itu,mungkin telah tiba masanya utk kamu bertemu dengannya."pujuk Izzuddin.

"Terima kasih ,kamu sentiasa menjadi orang pertama membantuku disaat aku perlu bantuan.Tetapi aku perlu mendapat keizinan dari ibuku terlebih dahulu dan juga imam-imam serta guruku disini"jelas Imam Syafi'e lagi.

Setelah tiba di rumah.Perlahan-lahan Imam Syafi'e mendekati ibunya ."Ibu ,anakanda mahu meminta pendapat dan keizinan daripada ibu"

"Apakah telah tiba masanya utk kamu memikirkan soal bernikah?"teka ibunya sambil tersenyum penuh makna.

"Bukan begitu,anakanda tidak berniat utk menambah penghuni rumah ini.Tetapi mahu mengurangkannya utk sementara waktu".Tutur Imam Syafi'e sambil tunduk

"Kemana mahu kamu pergi anakku?"Tanya ibunya sambil mengusap lembut rambut Imam Syafi'e.

"Mahu menuntut ilmu dgn Imam Malik di Madinah.Tetapi masih belum pasti samada akan diterima sebagai anak murid atau tidak.Mungkin anakanda perlu berbincang dengan imam-imam dan guru-guru anakanda di sini.Tetapi sebelum itu,anakanda ingin meminta izin ibu terlebih dahulu ,sesungguhnya apabilla restu ibu dipenuhi maka sudah pasti reda dan restu Allah akan mengiringi"jelas Imam Syafi'e.

Image result for ‫أم ابتسامة‬‎

Ummu Habibah tersenyum lebar kerana anaknya ingin ke medan jihad ilmu ."Teruslah menuntut ilmu kerana itulah sebaik-baik teman dan harta"jawab ibunya memberi galakan."Usah risau soal ibu bersendirian dirumah kerana suatu hari nanti ,kita ditinggalkan bersendirian utk bertemu Sang Pencipta.samada kamu atau ibu yg mendahului sahaja masih belum pasti.Lagipun anakanda hanya pinjaman sementara buat ibu"Jawab Ummu Habibah dgn penuh hikmah.

BERSAMBUNG . . .


IIMAM SYAFI'E

SUARA MERDU

"Dengan nama Allah yg maha pengasih dan penyayang dan salam sejahtera buat junjungan mulia Nabi Muhamad S.A.W..Ya Allah ampunilah dosa-dosaku dan bukakanlah pintu rahmatmu kepadaku"doa Imam Syafi'e perlahahn sambil melangkah masuk dengan tenang menuju ke Masjidil Haram.

Tiba tiba sayup kedengaran suara merdu melagukan Quran di dalam masjid.Mendayu-dayu bacaannya . Jauh di satu sudut ,duduk berteleku seorang pemuda yang sedang asyik memcaca Quran.Itulah Izzuddin al-Akmal ,seorang pedagang yg kaya-raya dan berulang alik antara Makkah-Madinah-Syam.Imam Syafi' tersenyum apabila tekaannya terhadap Izzuddin adalah benar.

Image result for ‫بعد الظهر محاضرة‬‎Image result for khutbah makkah

Seusai memberi kuliah usul fiqh selepas solat asar ,Imam Syafi'e mencari Izzuddin utk bertanya khabar dan melepaskan rindu.

"Assalamualikum"ucap Izzuddin dari belakang Imam Syafi'e.

"Waalaikumsalam "jawab Imam Syafi'e sambil menoleh ke belakang .

Setelah bertanya khabar,Izzudin pun menceritakan pengalaman bertemu dengan Imam Malik.

Imam Syafi'e serta merta menundukkan kepalanya sambil berkata"sesungguhnya saya belum pernah bertemu dengan beliau,kamu sungguh beruntung .Sesungguhnya orang alim itu sangat dekat dengan penciptanya" ujar Imam Syafi'e perlahan dgn nada sayu.

"Tidak mengapalah,sekiranya ditakdirkan oleh Allah untuk kamu bertemu beliau,pasti kamu akan bartemu beliau.Pasti kamu lebih mengetahuinya,siapalah saya untuk menasihati kamu",bicara Izzuddin.

BERSAMBUNG . . .

IMAM SYAFI'E

al-Muwatta'

Sedang Imam Syafi'e menikmati kedamaian kota mekah yg penuh berkat itu, sesekali dia terpandang kitab al-Muwatta' yg dipegangnya."Inilah kitab yg dikarang oleh Imam Malik"bisik Imam Syafi'e perlahan.Pada saat itu terputar kembali kenangannya sejak mula mengenali kitab itu sehingga beliau dapat menghafal  segala isi dan hujah di dalamnya.

"setahun  sudah aku mengenalimu melalui kitab ini ,entah bila pula kita kita akan bersua muka menekuni ilmu Allah dan Rasulnya?Wahai Tuhan yg maha mengetahui ,sesungguhnya aku begitu merindui pd salah seorang abid yang sangat dekat dgnmu"getus Imam Syafi'e sambil meraup-raup wajahnya.

Ummu Habibah perlahan-lahan mendekati Imam Syafi'e yang sedang ralit merenung kitab itu."sudah lama ibu memerhatikanmu,kelihatannya kamu memikirkan sesuatu yg berat"tegur Ibunya lalu duduk di sebelahnnya.

Image result for son and mom

"usah risau ibuku ,anakmu baik-baik saja"kata Imam Syafi'e yg sedang memegang tangan ibunya sebagai tanda kasih anak terhadap ibunya.

BERSAMBUNG. . .




Saturday, 3 December 2016

Enjin 2 lejang



Pengenalan

Enjin 2 lejang adalah enjin yang menghasilkan kuasa melalui 2 kali pergerakan omboh ke atas dan ke bawah untuk melengkapkan 1 kitaran dalam silinder.

Komponen utama dalam enjin 2 lejang.

Image result for 2 stroke

(i). Omboh


Omboh adalah komponen yang bergerak. Ia berbentuk silinder dan permukaan luar omboh boleh berbentuk rata cengkung dan cembung. Fungsi omboh adalah untuk memampatkan campuran minyak dan udara bagi menghasilkan kuasa. Ia juga berfungsi mengawal kemasukan campuran bahan bakar dan pengeluaran hasil pembakaran.


(ii). Silinder


Silinder adalah sebuah tuangan bulat dibuka pada bahagian hujung engkol lain oleh kepala selinder. Di sekeliling selinder terdapat jaket penyejuk air , fungsi penyejuk air adalah untuk menyejukkan enjin. Silinder diperbuat daripada besi tuang atau logam campuran aluminium. Fungsi silinder adalah sebagai tempat pembakaran berlaku.


(iii). Rod penghubung


Rod penghubung adalah rod yang menyambungkan omboh dengan pemesong. Rod penghubung berfungsi sebagai penghubungkan omboh dengan pemesong bagi menghasilkan pergerakan komponen dalam enjin.

(iv). Liang pindah


Liang pindah merupakan liang yang menyambungkan silinder dengan kotak enjin. Ia berfungsi memindahkan bahan bakar dari kotak enjin ke silinder untuk pembakaran.

(v). Liang masukan


Liang masukan berfungsi menjadi laluan bahan bakar seperti minyak, pelincir dan udara memasuki kotak enjin.

vi. Liang ekzos


Liang yang menyambungkan silinder dengan ekzos. Ia berfungsi mebebaskan hasil pembakaran iaitu gas keluar dari kawasan pembakaran.

Thursday, 1 December 2016

Proses kitaran enjin 4 lejang








Image result for 4 stroke cycle



1. Lejang masukan


Omboh bergerak dari atas ke bawah. Isipadu silinder bertambah menyebabkan pengurangan tekanan dan membentuk separa vakum di dalam selinder. Injap masukan terbuka dan injap ekzos tertutup. Campuran udara dan bahan api memasuki silinder melalui liang masukan.

2. Lejang mampatan


Kesemua injap masukan dan ekzos tertutup. Omboh bergerak ke atas dan memampatkan campuran udara-bahan api. Pada penghujung lejang mampatan, palam pencucuh dinyalakan bagi membakar campuran udara-bahan api tetapi dalam enjin Diesel, minyak diesel disuntik ke dalam silinder pada penghujung lejang mampatan.


3. Lejang kuasa


Campuran udara-bahan api terbakar disebabkan pembakaran oleh bunga api palam pencucuh (bagi enjin petrol) atau suhu tinggi akibat mampatan udara sehingga minyak diesel terbakar sendiri (bagi enjin diesel). Pembakaran campuran tersebut menyebabkan gas-gas terbakar di dalam kebuk pembakaran mengembang dan seterusnya menolak omboh ke bawah, menghasilkan kuasa kepada enjin.

4. Lejang ekzos

Injap ekzos terbuka. Omboh bergerak ke atas dan menyingkirkan gas-gas ekzos keluar dari kebuk pembakaran.