Monday, 5 December 2016

IMAM SYAFI'E

RESTU IBU

"Sejujurnya saya pun mempunyai keinginan utk bertemu beliau,tetapi apabila memikil soal ibuku bersediriann di rumah membuatkan aku berasa berat hati",Jelas Imam Syafi'e.

"Mengenai ibumu ,tidak usah khuatir.Bukankah kamu ada aku,malah adikku Qatrunnada juga boleh menemani ibumu.Sudah lama kamu menggkhatam kitab itu,mungkin telah tiba masanya utk kamu bertemu dengannya."pujuk Izzuddin.

"Terima kasih ,kamu sentiasa menjadi orang pertama membantuku disaat aku perlu bantuan.Tetapi aku perlu mendapat keizinan dari ibuku terlebih dahulu dan juga imam-imam serta guruku disini"jelas Imam Syafi'e lagi.

Setelah tiba di rumah.Perlahan-lahan Imam Syafi'e mendekati ibunya ."Ibu ,anakanda mahu meminta pendapat dan keizinan daripada ibu"

"Apakah telah tiba masanya utk kamu memikirkan soal bernikah?"teka ibunya sambil tersenyum penuh makna.

"Bukan begitu,anakanda tidak berniat utk menambah penghuni rumah ini.Tetapi mahu mengurangkannya utk sementara waktu".Tutur Imam Syafi'e sambil tunduk

"Kemana mahu kamu pergi anakku?"Tanya ibunya sambil mengusap lembut rambut Imam Syafi'e.

"Mahu menuntut ilmu dgn Imam Malik di Madinah.Tetapi masih belum pasti samada akan diterima sebagai anak murid atau tidak.Mungkin anakanda perlu berbincang dengan imam-imam dan guru-guru anakanda di sini.Tetapi sebelum itu,anakanda ingin meminta izin ibu terlebih dahulu ,sesungguhnya apabilla restu ibu dipenuhi maka sudah pasti reda dan restu Allah akan mengiringi"jelas Imam Syafi'e.

Image result for ‫أم ابتسامة‬‎

Ummu Habibah tersenyum lebar kerana anaknya ingin ke medan jihad ilmu ."Teruslah menuntut ilmu kerana itulah sebaik-baik teman dan harta"jawab ibunya memberi galakan."Usah risau soal ibu bersendirian dirumah kerana suatu hari nanti ,kita ditinggalkan bersendirian utk bertemu Sang Pencipta.samada kamu atau ibu yg mendahului sahaja masih belum pasti.Lagipun anakanda hanya pinjaman sementara buat ibu"Jawab Ummu Habibah dgn penuh hikmah.

BERSAMBUNG . . .


No comments:

Post a Comment