1)Lejang masukan dan lejang mampatan :
Omboh bergerak ke atas dan memampatkan campuran udara-bahan api-pelincir.
Gerakan omboh ke atas menyebabkan tekanan udara di dalam kotak engkol
menjadi rendah, membolehkan campuran udara-bahan api-pelincir dari karburetor
masuk ke dalam
2)Lejang kuasa dan lejang ekzos :
Peringkat ini bermula sebaik sahaja campuran udara-bahan api terbakar,
menyebabkan gas pengembangan mengembang dan memaksa omboh turun
ke bawah, menghasilkan kuasa pada enjin. Gerakan omboh ke bawah juga
memampatkan campuran udara-bahan api-pelincir, maka apabila omboh terus
bergerak ke bawah sehingga membuka liang masukan dan liang ekzos,gerakan omboh
ke bawah memaksa campuran udara, bahan api, pelincir yang segar masuk ke dalam
kebuk pembakaran dan memaksa gas ekzos keluar.
No comments:
Post a Comment