Wednesday, 14 December 2016

IMAM SYAFI'E

PERTEMUAN IMAM

"Assalamualaikum wahai tetamu Raudhtul Jannah"sapa Imam Syafi'e kepada para imam yang sedang bermuzakarah mengenai ilmu Allah yg luas ini.

"Waalaikumsalam ya abu abdullah, mari sertai kami dalam majlis ilmu ini" jawab Imam Ismail al-Khustantani.

Lalu Imam Syafi'e duduk disebelah Imam Muslim az-Zanji."Apakah yg menyelubungi hatimu wahai anak muda,tidakkah kamu mahu berkongsi dengan kami?"Tegur Imam Sufyan.

Imam Syafi'e terpempan dan terpana.Beliau memandang tepat wajah guru yg disayangi itu.

"kenapa?...Kamu terkejut?...Bukankah Rasulullah berkata ' Berhati-hatilah dengan firasat orang mukmin?"Ujar Imam Ismail sambit mengurut bahu Imam Syafie'.

"Begini wahai guruku sekalian,hati saya terpanggil utk bermusafir ke kota MAadinah bagi menuntut ilmu dengan Imam Malik bin Anas.Tetapi sebelum itu saya berbesar hati ingin memohon nasihat dan pandangan guru sekalian berkenaan hasrat saya ini."jelas Imam Syafie"

"Subhanallah, itu satu kemahuan dan azam yang baik.pergilah ke Madinah dan bergurulah.Saya bangga sekiranya anak muridku sanggup bermusafir ribuan batu semata mata ingin menuntut ilmu"Balas Imam Ismail.

Imam Syafie' hanya berdiam diri dan tunduk.

"Jadi, apakah perkara yg masih menggusarkan hatimu lagi?ceritakanlah,kamu telahku anggap seperti anakku sendiri"Bicara Imam Muslim az-Zanji.

"Saya khuatir jika saya tidak diterima oleh Imam Malik sebagai anak murid dan saya juga bimang utk meninggalkan ibuku di sini"Jelas Imam Syafie'.

"saya yakin Imam Malik akan menerimamu apatah lagi dengan kedudukanmu sebagai mufti Mekah.Tetapi ,jika kamu masih risaukan tentang itu, amu boleh meminta garbenor kita menulis surat bagi memperkenalkan kamu kepada Imam Malik"Cadang Imam Ismail.




Wednesday, 7 December 2016

Proses kitaran dalam enjin 2 lejang


Image result for 2 stroke cycle


1)Lejang masukan dan lejang mampatan :

Omboh bergerak ke atas dan memampatkan campuran udara-bahan api-pelincir. Gerakan omboh ke atas menyebabkan tekanan udara di dalam kotak engkol menjadi rendah, membolehkan campuran udara-bahan api-pelincir dari karburetor masuk ke dalam


2)Lejang kuasa dan lejang ekzos :



Peringkat ini bermula sebaik sahaja campuran udara-bahan api terbakar, menyebabkan gas pengembangan mengembang dan memaksa omboh turun ke bawah, menghasilkan kuasa pada enjin. Gerakan omboh ke bawah juga memampatkan campuran udara-bahan api-pelincir, maka apabila omboh terus bergerak ke bawah sehingga membuka liang masukan dan liang ekzos,gerakan omboh ke bawah memaksa campuran udara, bahan api, pelincir yang segar masuk ke dalam kebuk pembakaran dan memaksa gas ekzos keluar.

Monday, 5 December 2016

IMAM SYAFI'E

RESTU IBU

"Sejujurnya saya pun mempunyai keinginan utk bertemu beliau,tetapi apabila memikil soal ibuku bersediriann di rumah membuatkan aku berasa berat hati",Jelas Imam Syafi'e.

"Mengenai ibumu ,tidak usah khuatir.Bukankah kamu ada aku,malah adikku Qatrunnada juga boleh menemani ibumu.Sudah lama kamu menggkhatam kitab itu,mungkin telah tiba masanya utk kamu bertemu dengannya."pujuk Izzuddin.

"Terima kasih ,kamu sentiasa menjadi orang pertama membantuku disaat aku perlu bantuan.Tetapi aku perlu mendapat keizinan dari ibuku terlebih dahulu dan juga imam-imam serta guruku disini"jelas Imam Syafi'e lagi.

Setelah tiba di rumah.Perlahan-lahan Imam Syafi'e mendekati ibunya ."Ibu ,anakanda mahu meminta pendapat dan keizinan daripada ibu"

"Apakah telah tiba masanya utk kamu memikirkan soal bernikah?"teka ibunya sambil tersenyum penuh makna.

"Bukan begitu,anakanda tidak berniat utk menambah penghuni rumah ini.Tetapi mahu mengurangkannya utk sementara waktu".Tutur Imam Syafi'e sambil tunduk

"Kemana mahu kamu pergi anakku?"Tanya ibunya sambil mengusap lembut rambut Imam Syafi'e.

"Mahu menuntut ilmu dgn Imam Malik di Madinah.Tetapi masih belum pasti samada akan diterima sebagai anak murid atau tidak.Mungkin anakanda perlu berbincang dengan imam-imam dan guru-guru anakanda di sini.Tetapi sebelum itu,anakanda ingin meminta izin ibu terlebih dahulu ,sesungguhnya apabilla restu ibu dipenuhi maka sudah pasti reda dan restu Allah akan mengiringi"jelas Imam Syafi'e.

Image result for ‫أم ابتسامة‬‎

Ummu Habibah tersenyum lebar kerana anaknya ingin ke medan jihad ilmu ."Teruslah menuntut ilmu kerana itulah sebaik-baik teman dan harta"jawab ibunya memberi galakan."Usah risau soal ibu bersendirian dirumah kerana suatu hari nanti ,kita ditinggalkan bersendirian utk bertemu Sang Pencipta.samada kamu atau ibu yg mendahului sahaja masih belum pasti.Lagipun anakanda hanya pinjaman sementara buat ibu"Jawab Ummu Habibah dgn penuh hikmah.

BERSAMBUNG . . .


IIMAM SYAFI'E

SUARA MERDU

"Dengan nama Allah yg maha pengasih dan penyayang dan salam sejahtera buat junjungan mulia Nabi Muhamad S.A.W..Ya Allah ampunilah dosa-dosaku dan bukakanlah pintu rahmatmu kepadaku"doa Imam Syafi'e perlahahn sambil melangkah masuk dengan tenang menuju ke Masjidil Haram.

Tiba tiba sayup kedengaran suara merdu melagukan Quran di dalam masjid.Mendayu-dayu bacaannya . Jauh di satu sudut ,duduk berteleku seorang pemuda yang sedang asyik memcaca Quran.Itulah Izzuddin al-Akmal ,seorang pedagang yg kaya-raya dan berulang alik antara Makkah-Madinah-Syam.Imam Syafi' tersenyum apabila tekaannya terhadap Izzuddin adalah benar.

Image result for ‫بعد الظهر محاضرة‬‎Image result for khutbah makkah

Seusai memberi kuliah usul fiqh selepas solat asar ,Imam Syafi'e mencari Izzuddin utk bertanya khabar dan melepaskan rindu.

"Assalamualikum"ucap Izzuddin dari belakang Imam Syafi'e.

"Waalaikumsalam "jawab Imam Syafi'e sambil menoleh ke belakang .

Setelah bertanya khabar,Izzudin pun menceritakan pengalaman bertemu dengan Imam Malik.

Imam Syafi'e serta merta menundukkan kepalanya sambil berkata"sesungguhnya saya belum pernah bertemu dengan beliau,kamu sungguh beruntung .Sesungguhnya orang alim itu sangat dekat dengan penciptanya" ujar Imam Syafi'e perlahan dgn nada sayu.

"Tidak mengapalah,sekiranya ditakdirkan oleh Allah untuk kamu bertemu beliau,pasti kamu akan bartemu beliau.Pasti kamu lebih mengetahuinya,siapalah saya untuk menasihati kamu",bicara Izzuddin.

BERSAMBUNG . . .

IMAM SYAFI'E

al-Muwatta'

Sedang Imam Syafi'e menikmati kedamaian kota mekah yg penuh berkat itu, sesekali dia terpandang kitab al-Muwatta' yg dipegangnya."Inilah kitab yg dikarang oleh Imam Malik"bisik Imam Syafi'e perlahan.Pada saat itu terputar kembali kenangannya sejak mula mengenali kitab itu sehingga beliau dapat menghafal  segala isi dan hujah di dalamnya.

"setahun  sudah aku mengenalimu melalui kitab ini ,entah bila pula kita kita akan bersua muka menekuni ilmu Allah dan Rasulnya?Wahai Tuhan yg maha mengetahui ,sesungguhnya aku begitu merindui pd salah seorang abid yang sangat dekat dgnmu"getus Imam Syafi'e sambil meraup-raup wajahnya.

Ummu Habibah perlahan-lahan mendekati Imam Syafi'e yang sedang ralit merenung kitab itu."sudah lama ibu memerhatikanmu,kelihatannya kamu memikirkan sesuatu yg berat"tegur Ibunya lalu duduk di sebelahnnya.

Image result for son and mom

"usah risau ibuku ,anakmu baik-baik saja"kata Imam Syafi'e yg sedang memegang tangan ibunya sebagai tanda kasih anak terhadap ibunya.

BERSAMBUNG. . .




Saturday, 3 December 2016

Enjin 2 lejang



Pengenalan

Enjin 2 lejang adalah enjin yang menghasilkan kuasa melalui 2 kali pergerakan omboh ke atas dan ke bawah untuk melengkapkan 1 kitaran dalam silinder.

Komponen utama dalam enjin 2 lejang.

Image result for 2 stroke

(i). Omboh


Omboh adalah komponen yang bergerak. Ia berbentuk silinder dan permukaan luar omboh boleh berbentuk rata cengkung dan cembung. Fungsi omboh adalah untuk memampatkan campuran minyak dan udara bagi menghasilkan kuasa. Ia juga berfungsi mengawal kemasukan campuran bahan bakar dan pengeluaran hasil pembakaran.


(ii). Silinder


Silinder adalah sebuah tuangan bulat dibuka pada bahagian hujung engkol lain oleh kepala selinder. Di sekeliling selinder terdapat jaket penyejuk air , fungsi penyejuk air adalah untuk menyejukkan enjin. Silinder diperbuat daripada besi tuang atau logam campuran aluminium. Fungsi silinder adalah sebagai tempat pembakaran berlaku.


(iii). Rod penghubung


Rod penghubung adalah rod yang menyambungkan omboh dengan pemesong. Rod penghubung berfungsi sebagai penghubungkan omboh dengan pemesong bagi menghasilkan pergerakan komponen dalam enjin.

(iv). Liang pindah


Liang pindah merupakan liang yang menyambungkan silinder dengan kotak enjin. Ia berfungsi memindahkan bahan bakar dari kotak enjin ke silinder untuk pembakaran.

(v). Liang masukan


Liang masukan berfungsi menjadi laluan bahan bakar seperti minyak, pelincir dan udara memasuki kotak enjin.

vi. Liang ekzos


Liang yang menyambungkan silinder dengan ekzos. Ia berfungsi mebebaskan hasil pembakaran iaitu gas keluar dari kawasan pembakaran.

Thursday, 1 December 2016

Proses kitaran enjin 4 lejang








Image result for 4 stroke cycle



1. Lejang masukan


Omboh bergerak dari atas ke bawah. Isipadu silinder bertambah menyebabkan pengurangan tekanan dan membentuk separa vakum di dalam selinder. Injap masukan terbuka dan injap ekzos tertutup. Campuran udara dan bahan api memasuki silinder melalui liang masukan.

2. Lejang mampatan


Kesemua injap masukan dan ekzos tertutup. Omboh bergerak ke atas dan memampatkan campuran udara-bahan api. Pada penghujung lejang mampatan, palam pencucuh dinyalakan bagi membakar campuran udara-bahan api tetapi dalam enjin Diesel, minyak diesel disuntik ke dalam silinder pada penghujung lejang mampatan.


3. Lejang kuasa


Campuran udara-bahan api terbakar disebabkan pembakaran oleh bunga api palam pencucuh (bagi enjin petrol) atau suhu tinggi akibat mampatan udara sehingga minyak diesel terbakar sendiri (bagi enjin diesel). Pembakaran campuran tersebut menyebabkan gas-gas terbakar di dalam kebuk pembakaran mengembang dan seterusnya menolak omboh ke bawah, menghasilkan kuasa kepada enjin.

4. Lejang ekzos

Injap ekzos terbuka. Omboh bergerak ke atas dan menyingkirkan gas-gas ekzos keluar dari kebuk pembakaran.




Tuesday, 29 November 2016

Pengenalan enjin 4 lejang

Pengenalan:


Enjin 4 lejang menghasilkan kuasa dengan empat kali pergerakan omboh ke atas dan kebawah dalam setiap selinder. 5 komponen utama terdapat dalam enjin 4 lejang iaitu silender, omboh, rod penghujung, aci engkol danrod tenaga.


 Komponen utama dalam enjin 4 lejang:
Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg1W9P7EP4aS0nyjtZUiLbHZveTNabxUzbtHv2DRLdvFy7hpqhS5Kb1yJvlyaCMynuEOERTuc51A0zyzyVconz2RoLmy12aN2y6k4NqveQx_3Ksf5sCoQT1eP4czdo_dY59SUfBk64qYHg/s400/roda.JPGDescription: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiIGYj1nWY_rNgqD-X5JebBindRhjzc_MV8AASl-onR5TusLP4EA008kLf4iOA0oUrq2sN8L2wXvF_Et3kbTpoP8awwCoPcOVuu5U-KbFK-vFnSrsFqZ-gtt0VaVsVZl-OMPac0EWWpY9s/s400/aci+engkol+and+piston.jpg

 (i). Silinder

Image result for 4 cylinder stroker engine

Silinder adalah sebuah tuangan bulat dibuka pada bahagian hujung engkol lain oleh kepala selinder. Di sekeliling selinder terdapat jaket penyejuk air , fungsi penyejuk air adalah untuk menyejukkan enjin. Silinder diperbuat daripada besi tuang atau logam campuran aluminium. Fungsi silinder adalah sebagai tempat pembakaran berlaku dan Bakar merupakan nama bapak aku.






(ii). Rod penghubung


Rod penghubung adalah rod yang menyambungkan omboh dengan aci engkol. Rod penghubung berfungsi sebagai penghubungkan omboh dengan aci engkol dan pada masa yang sama menukarkan gerakan salingan omboh kepada putaran pada aci engkol.





(iii.) Aci engkol








Aci-aci buka pintu. Aci engkol adalah aci utama enjin yang terdiri daripadapin engkol dan jaringan yang ditumpangkan pada kotak engkol melalui galas utama. Aci engkol diperbuat daripada keluli tempa. Hujung hadapan aci engkol dihubungkan kepada injap dan fungsinya untuk menggerakan pam air dalam sistem penyejukan. Hujung belakangnya disambungkan pada roda tenaga .


(iv). Roda tenaga




Roda tenaga diperbuat daripada disk besi tuangan yang di hubungkan padahujung aci engkol. Ia berfungsi untuk melicinkan kelajuan enjin di antara lejang kuasa. Apabila daya pusingan dikenakan ke atas aci engkol, roda tenaga akan berputar dan menggerakankan tali sawat. Roda tenaga yang sudah tidak digunakan lagi boleh juga digunakan untuk membaling kepala anjing.

(v). Omboh


Omboh adalah komponen yang bergerak. Ia berbentuk silinder dan permukaan luar omboh boleh berbentuk rata cengkung dan cembung. Fungsi omboh adalah untuk memampatkan campuran minyak dan udara bagi menghasilkan kuasa.



Saturday, 19 November 2016

Minyak pelincir

Image result for minyak pelincir

Apakah fungsi minyak pelincir?
Minyak pelincir melicinkan bahagian enjin untuk mengurangkan geseran, supaya ia boleh bergerak lancar dan dilindungi daripada menjadi haus. Lebih baik kualiti minyak pelincir, lebih baik kualiti minyak pelincir, lebih baik perlindungan dan prestasinya.

Bolehkah minyak pelincir berlainan jenama dicampurkan?
Kebanyakan minyak pelincir berasaskan mineral boleh bercampur antara satu sama lain. Bahan tambah yang dicampur memang kurang berkesan. Bagi minyak pelincir sintetik, ia harus digunakan secara penuh hati-hati. Sesetengahnya tidak boleh bercampur sepenuhnya dengan minyak pelincir mineral atau sintetik lain. Apabila menukar dari satu jenis ke satu jenis yang lain, sempurnakan penukaran minyak pelincir untuk hasil maksimum.

Apakah perbezaan antara minyak pelincir mineral dan minyak pelincir sintetik?
Minyak pelincir mineral diperoleh dari minyak mentah petroleum yang ditapis. Minyak pelincir sintetik prestasi tinggi telah melalui rawatan kimia yang kompleks dan menyebabkan ia mempunyai ciri-ciri fizikal dan kimia yang kuat. Dengan mengeksploitasikan ciri-ciri yang unggul ini, enjin boleh dilindungi dengan lebih baik.

Image result for mineral vs synthetic oil

Minyak pelincir saya menjadi hitam dalam beberapa hari sahaja apabila saya menukarnya. Adakah ini perkara biasa?
Jika minyak pelincir bertukar warna bermakna ia berfungsi. Minyak pelincir yang baik mengandungi bahan tambah pencuci untuk membersih enjin dan menyebabkan minyak pelincir bertukar hitam. Jika minyak pelincir tidak bertukar hitam ini boleh disebabkan tidak ada bahan tambah pencuci di dalamnya dan enapan masih melekat pada bahagian enjin.

Apakah maksud 5W-40?

Minyak pelincir ini ialah minyak pelincir multigred. Kesemua angka 5W, 10W, dan 40 mewakili gred kelikatan SAE*. 5W-40 bermakna minyak pelincir ini mempunyai unsur suhu rendah minyak pelincir 5W pada suhu rendah dan bertindak sebagai minyak pelincir kelikatan lebih tinggi (40) pada suhu tinggi. Minyak pelincir dengan satu angka, dikenali sebagai minyak pelincir monogred meliputi rangkaian suhu yang lebih kecil kerana sama ada ia terlalu likat atau terlalu cair pada suhu lain.

Image result for 5w40 oilImage result for 5w40 oilImage result for 5w40 oil

Adakah minyak pelincir yang lebih likat lebih baik. ?
Tidak. Kelikatan minyak dipilih untuk disesuaikan dengan sesuatu enjin. Minyak pelincir yang terlalu cair tidak mampu memberikan pelinciran yang mencukupi dan boleh menyebabkan penggunaan minyak pelincir yang banyak.  Jika terlalu likat pula, ia mungkin memberikan masalah seperti kurang kuasa, panas melampau, pengedaran lemah dan mengurangkan penjimatan bahan api.

Tuesday, 15 November 2016

IMAM SYAFI'E

Ilmu Ketenteraan


"Wahai sahabatku Imam Syafi'e , kita sama-sama mempelajari ilmu agama hingga menjadi pandai.Tetapi tidakkah kamu sedar kita masih jahil dlm satu bidang yg penting dlm kehidupan kita sebagai seorang lelaki ?"Tanya Khalid yg seperti menyuruh Imam Syafi'e meneka..."Bidang apa lagi ?" tanya Imam Syafi'e sambil merenung wajah Khalid.

"Ilmu peperangan.Bukankah ia satu bidang yg penting utk dipelajari?sekiranya didatangi musuh ,bagaimana kita akan hadapi mereka sedangkan kita jahil dalam ilmu peperangan bahkan tidak tahu menggunakan senjata.

"Benar katamu. kita asyik mempelajari ilmu agama tanpa menghiraukan tentang ilmu peperangan .Sedangkan sekiranya kita diseru untuk berjihad ,kita wajib menyahutnya."kata Imam Syafi'e pula....Lantas dia mengajak Khalid dan beberapa rakan yg sebaya dengannya utk berjumpa dengan lelaki tua yang bernama Amirudddin yg merupakan seorang askar yang telah bersara.

Orang tua itu tidak keberatan mengajar ilmu peperangan dan bermain senjata kepada anak anak muda itu.Akhirnya Imam Syafi'e mahir memanah.Setiap kali melepaskan anak panah pasti tepat mengena sasaran.

IMAM SYAFI'E

KEBERSIHAN ITU SEBAHAGIAN DARI IMAN


Pagi itu,Ummu Habibah mengemaskan rumah.Dia masuk ke dalam bilik Imam Syafi'e dan didapatinya bilik itu penuh dengan timbunan tulang ,kulit kayu,pelepah tamar,dan kertas lusuh.Dia berasa tidak senang hati melihatnya.

"Sesungguhnya kebeersihan itu sebahagian drpd iman.Kenapa bilikmu penuh dengan sampah sarap?Lebih baik baik kamu bersihkan bilik itu dan bakar sahaja semua sampah itu"Kata Ummu Habibah...."Ini bukan sampah sarap,tetapi ilmu yg saya pelajari.saya tuliskannya pada tulang ,kulit kayu,pelepah tamar dan kertas lusuh kerana tidak mampu bembeli buku catatan".Kata Imam Syafie pula.

"Ilmu yg Kamu pelajari sepatutnya disimpan dlm ingatan,bukan didalam bilik tidur,"Kata Ummu Habibah...kata-kata ibunya itu menginsafkan Imam Syafi'e.Dia pun menghafal semua catatan itu ,kemudia membakarnya."Mulai hari ini semua yang saya pelajari akan disimpan di dalam kepala"Janji Imam Syafi'e.

Sejak itu,Imam Syafi'e tidak lagi mencatat ilmu yg dipelajari ,tetapi menghafal terus ke dalam ingatannya.Beliau dpt menghafal sebegitu banyak kerana dikurniakan daya ingatan kuat.Semua ilmu yang dipelajari daripada gurunya dapat beliau ingat satu persatu tanpa tertinggal satu pun.

Monday, 14 November 2016

IMAM SYAFI'E

BELAJAR DAN MENGAJAR

"Dia dilahirkan utk menjadi seorang ulama tebilang .Sejak berumur 9 tahun sudah boleh menghafal Quran.Kemudian dia dpt menghafal beratus buah hadis . Kerana itu, saya yakin dia akan menjadi seorang ulama terbilang suatu hari nanti"Kata Imam Kustantani.

"Berbanggalah kaum Quraisy kerana melahirkan anak seperti Imam Syafi'e.Ilmunya akan memenuhi muka bumi.Pengikutnya ramai dan namanya masyhur" .puji Imam Muslim al Zanji pula.

Kemudian Yunus binAbdul Ala berkata "Apabila Imam Syafi'e berceramah atau mengajar ilmu agama ,ramai ahli bahasa dan penyair terkemuka menghadirinya.Ini kerana bahasa yg digunakan adalah baik .Lidahnya fasih dlm berkata-kata...Imam Syafi'e terus menerus mendapat pujian orang ramai.

Pada suatu masa, Imam Syafi'e diminta utk memberikan nasihat utk mendapat keinsafan dan menambah keimanan.Belia pun naik ke mimbar dan berkata "Wahai kaum muslimim sekalian .Sesungguhnya tidak ada harta yg lebih mulia dan berguna selain drpd ilmu.Tidak ada yg lebih menguntungkan selain adab sopan.tidak ada yg lebih berguna selain drpd akal.Tidak ada yg lebih buruk selain drpd sifat kedekut.

Terdapat sekumpulan pemuda yg ingin menguji apakah Imam Syafi'e benar benar melaksanakan  apa yg dikatakan.Seorang pun datang kpd Imam Syafi'e dan memberikan 100 Dirham.Kemudian datang seorang pemuda lagi di pertengahan jalan dengan wajah dalam kesusahan dan meminta 100 dirham.Tanpa byk bicara,Imam Syafi'e menyeluk sakunya dan memberikan 100 dirham kepadanya dgn berkata"Saya tidak memerlukan wang ini .Ambillah...".Sejak kejadian itu .meraka meyakini apa yg diucapkan Imam Syafi'e.

Wednesday, 9 November 2016

Tayar






 Tayar ialah satu komponen amat penting bagi sesebuah kereta, pelbagai jenama yang popular di dunia ini dari harga yang rendah hingga kepada yang mahal. Contoh jenama tayar yang popular ialah Goodyear, Michelin dan lain lain lagi. Tayar pilihan itu bergantung kepada kereta dan bajet seseorang.. Terlalu umum dan subjektif mengenai pilihan tayar ini. Pendapat saya no 1 bajet kita dan kedua jenis kereta kita...Kalau bajet banyak bolehlah beli tayar yang mahal dan bila harga mahal pasti kualiti terbaik dan memandu pun smooth sahaja...Kedua jenis kereta kalau kereta kita BMW tak sesuai kita beli tayar jenama nangkang ..He he he. Berikut pilihan tayar di seluruh dunia mengikut mutu dan gred...Moga menjadi panduan bagi pengguna seluruh dunia untuk membeli jenama tayar terbaik untuk kereta anda...Jangan lupa masa itu emas…terbaikkk….

-Premium Brand Tyres (Tayar terbaik disegi kualiti dan harga amat mahal)

-Mid Range Brand Tyres (Tayar baik disegi kualiti dan harga mahal)

-Economy Brand Tyres (Tayar sedehana terbaik disegi kualiti dan harga sederhana)

-Budget Brand Tyres (Tayar biasa dan tidak berkualiti dan harga murah)elakkan guna jenama tayar ini

Wednesday, 2 November 2016

RON tu ape ?

APA ITU RON?

 RON berkaitan dengan campuran dua unsur asas iaitu oktana dan pentana yang melengkapkan sifatnya menjadi bahan bakar petrol.

RON95 bermaksud 95 peratus kandungannya ialah oktana dan selebihnya pentana. Begitu juga dengan RON97 iaitu hanya tiga peratus pentana dan selebihnya oktana.

Pada asasnya RON ialah gred bagi keupayaan petrol menentang pembakaran tidak normal dan menjana tenaga pada masa yang sepatutnya ketika proses pembakaran. Penggunaan RON yang betul untuk enjin kenderaan, biasanya dinyatakan di dalam manual pemilik, dan kadang kala pada pelekat yang terdapat pada penutup tangki minyak.

Pengguna seharusnya tidak bimbang mengenai hal ini kerana kebanyakan kenderaan boleh menggunakan petrol RON95 tanpa sebarang masalah atau kehilangan kuasa memecut.

Pakar kejuruteraan produk Chevron, Greg Engeler berkata ramai yang salah faham bahawa petrol dengan RON yang lebih tinggi akan menjadikan enjin lebih cekap sedangkan RON yang lebih tinggi daripada spesifikasi yang ditentukan tidak akan memberi kesan yang signifikan.

Katanya teknologi enjin, jenis kenderaan dan cara pemanduan memainkan peranan yang lebih besar dalam menentukan ekonomi petrol berbanding perbezaan nilai RON.

Tambahnya lagi kelebihan jangka panjang dengan penggunaan RON95 ialah bila Malaysia memenuhi spesifikasi Euro 2M, proses penerimaan teknologi baru yang lebih cekap dan mesra alam daripada Eropah akan menjadi lebih mudah.

Menurut portal majalah kereta.com.my, di Eropah, klasifikasi keseragaman kelas bahan bakar petrol dibahagikan kepada tiga kelas utama iaitu RON91, RON95 dan RON98. Pembahagian itu dibuat berdasarkan jenis keperluan bahan bakar yang diperlukan pada setiap jenis enjin daripada pengeluar yang berlainan.

RON91 dicipta untuk enjin yang mampu menerima petrol berplumbum, RON95 untuk petrol tanpa plumbum yang juga disebut petrol premium dan RON98 atau disebut juga sebagai Super Plus atau Super Premium.

Di Eropah juga penggunaan RON95 ialah lebih 84 peratus daripada keseluruhan penggunaan petrol yang merupakan bahan bakar utama kenderaan.

Sunday, 30 October 2016

IMAM SYAFI'E


MENUNTUT ILMU HADIS DAN FIQAH

Ibunya berasa marah apabila Imam Syafi'e mengetuk pintu rumah dengan kuat setibanya di rumah kerana rasa rindu yang amat sangat .Tetapi ibunya  menganggap ilmu syair itu menjadikannya angkuh serta akan menjadi zuhud semula sekiranya imam syafi'e menjadi ulama'.Imam Syafi'e terpaksa membuat pilihan samada  menjadi penyair atau ulama'.Dia pun berjalan menuju ke Masjidil Haram.

Di pertengahan jalan dia bertemu dengan Imam Ismail Kustantani . Selepas tawaf mengelilingi Kaabah,mereka berdoa di hadapan Kaabah supaya Imam Syafi'e dipermudahkan untuk mendalami ilmu fiqah dan hadis.Setelah solat asar ,Imam Ismail terlihat Imam Sufian yg merupakan pakar hadis lalu memperkenalkan Imam Syafi'e kpdnya.Maka Imam Syafi'e pun berguru dgn Imam Sufian.Dalam masa yg singkat Imam Syafi'e mampu menghafal hadis yg dipelajari.Sehinggakan ketika Imam Sufian berada luar kota,dialah yg menjadi guru pengganti .

"kamu sudah menguasai ilmu Quran dan hadis.sudah sampainya masa untuk kamu menguasai ilmu fiqah kerana bidang itu tidak kurang pentingnya."kata Imam Sufian.Kemudian Imam Sufian menyerahkan Imam syafi'e kepada Imam Muslim bin Khalid Alzanji kerana dia merupakan seorang yg mahir dalam ilmu fiqah dan dilantik menjadi Gabenor Mekah.Beberapa harian kemudian Imam Sufian membawa Imam Syafi'e bertemu dgn Imam Muslim .Selepas mendengar kata-kata Imam Syafi'e dan Imam sufian,dgn senang hati Imam Muslim menerima Imam Syafi'e sebagai anak murid.

Setiap hari Imam Syafie menghadiri kelas ilmu fiqah, namun pembelajaran ilmu fiqah memerlukan penuntutnya utk mencatat.Sedangkan Imam Syafi'e tidak mapu membeli alat tulis.Maka dia mengutip pelepah tamar,tulang berulang dan kerras terpakai utk mencatit.Pada suatu hari,Imam Syafi'e hadir ke kelas tanpa membawa sebarang alat tulis dan hanya menulis di tapak tgn dgn jari telunjuk.perbuatan ini disedari oleh gurunya.Lalu Imam Muslim pun bertanya samada Imam Syafi'e ingin berlajar atau belajar atau bermain di dlm kelasnya.Setelah ditanya tentang catatan yg ditulis di tapak tgn itu maka Imam Syafi'e pun menyebut tanpa meninggalkan satu patah perkataan pun."kamu adalah anak murid saya yg paling miskin,demi tuhan saya tidak akan mengambil apa-apa byrn drpd kamu,teruslah berguru dgnku sehingga kamu menjadi mahir dlm ilmu fiqah"kata Imam Muslim.

Walaupun begitu,Imam Syafi'e merasakan dirinya masih kekurangan ilmu agama .Dlm diam-diam dia mempelajari kitab MUWATTA' sehingga habis dihafalnya.

BEERSAMBUNG . . . . 



Tuesday, 4 October 2016

Honda Future dengan teknologi PGM-FI

Honda Future dengan teknologi PGM-FI Honda


Honda Future mula diperkenalkan pada tahun 2012, merupakan salah sebuah model popular keluaran Boon Siew Honda untuk pasaran Malaysia. Antara kelebihan model tersebut ialah tahap penjimatan petrolnya yang sangat baik, dengan kemudahan ruang penyimpanan topi keledar bermuka penuh yang terletak di bahagian bawah kusyen model berkenaan.
Image result for honda future fi
Honda Future turut memiliki keluasan tangki bahan api maksimum sehingga 5.6 liter, membolehkan ianya melakukan perjalanan lebih jauh tanpa perlu berhenti dengan kerap untuk mengisi petrol. Berdasarkan maklumat terdahulu daripada Boon Siew Honda, Honda Future mampu pergi sejauh 338 kilometer dengan menggunakan hanya satu tangki penuh petrol. Bagaimanapun kelajuan maksimum Honda Future hanyalah 100 km/j.
Terkini bagi meneruskan lagi legasi Honda Future di pasaran Malaysia, Boon Siew Honda pada beberapa hari yang lepas telah memperkenalkan model terbaharu Honda Future FI yang kini dilengkapi dengan teknologi PGM-FI (Programmed Fuel Injection), iaitu sistem suntikan bahan api Honda yang canggih untuk penjimatan yang lebih baik.

Image result for honda future fi
Honda Future FI terbaharu turut tampil dengan beberapa penambahbaikan terkini yang lebih menarik berbanding model Honda Future sebelumnya, termasuklah pengenalan warna dan corak grafik terbaharu. Paling penting, Honda Future FI masih mengekalkan lampu kombinasi belakang jenis lama, yang mana lampu signal masih lagi bersepadu.

Sunday, 2 October 2016

IMAM SYAFI'E

SEORANG PENYAIR

Suasana di Pasar Ukhaz pd pagi itu lebih sibuk drpd biasa.org ramai berkumpul bg melihat persembahan puisi oleh penyair-penyair terkemuka di kota mekah.Syafie di ajak oleh Khalid utk menyaksikannya.Setelah mendapat keizinan drpd Imam Ismail,mereka berdua pun menuju ke pasar.Seorang demi seorang penyair handalan mendeklamasikan puisi masing masing.Syafie berasa teruja apabila mendengar puisi yg menyentuh hatinya.
Image result for pasar ukaz di makkah
Semasa dlm perjalanan pulang,Syafie tidak byk berbual.Dia mengingati semula bait-bait puisi yg dia dengar sebentar td.Lantas timbul keinginan Syafie utk mempelajari ilmu mengarang puisi.Lalu meluahkan hasrat itu kpd ibunya.Selepas berjaya meyakinkan ibunya,Syafie menuju ke perkampungan bani huzail bg berjumpa dgn Mas'ab bin Zubair.Setelah tiba di situ, Syafie di sapa oleh penduduk kampung tersebut dan bersetuju membawa Syafie berjumpe dgn Mas'ab bin Zubair.

Image result for lereng bukitRumahnya terletak di lereng bukit dan sederhana shj.Kehidupannya tidak menggambarkannya sbg seorang penyair yg terkenal.Syafie tidaktidak ingin mengganggu tuan rumah yg berkemungkinan sedang berehat.Dia tunggu di luar sehingga tuannya keluar.tiba-tiba Mas'ab pun keluar lalu menanyakan hasrat Syafie yg datang ke rumahnya.Syafie pun mengemukakan hasratnya utk belajar mengarang syair.Setelah memperdengarkan hafalan Quran dan puisi ciptaan Mas'ab,lalu Syafie di ambil sbg anak murid.

Image result for mengajar quranMulai hari itu ,Syafie tinngal dirumah Mas'ab.Mereka menganggap Syafie sbg anak angkat.Sebagai membalas budi baik gurunya ,Syafie mengajar anak-anak mereka mengaji hingga mereka pandai membaca Quran.

Bersambung....